Love Of Affection

Pindah Milik Hartanah Atas Dasar Kasih Sayang

05 May 2026
Tahukah anda?
Anda boleh pindah milik rumah kepada ahli keluarga tanpa jual beli, dan dalam keadaan tertentu Memorandum of Transfer juga PERCUMA.
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Saya Puan Aunie Fatini, peguam daripada Yap & Partners.
Hari ini saya ingin berkongsi mengenai pindah milik hartanah atas dasar kasih sayang, atau lebih dikenali sebagai “transfer based on love and affection.”
Transaksi ini biasanya berlaku antara ahli keluarga terdekat,
contohnya seperti:
βœ” suami kepada isteri
βœ” ibu bapa kepada anak
βœ” atau anak kepada ibu bapa Dalam situasi ini,
hartanah tersebut tidak dijual seperti transaksi biasa, tetapi dipindah milik kerana hubungan kekeluargaan dan kasih sayang, tanpa harga jual beli sebenar.
Walaupun tiada jual beli, proses ini masih perlu melalui prosedur undang-undang,
seperti:
• penyediaan dokumen pindah milik
• pengesahan dokumen
• setem duti
• dan pembentangan di pejabat tanah Namun begitu,
terdapat beberapa kelebihan bagi transaksi ini. Antaranya:
✨ Memorandum of Transfer disediakan secara PERCUMA
✨ Dalam keadaan tertentu boleh mendapat pengecualian atau pengurangan duti setem
✨ Dan juga pengecualian RPGT untuk pindah milik antara ahli keluarga terdekat, tertakluk kepada syarat yang ditetapkan.
Namun, jika hartanah tersebut masih mempunyai pinjaman bank, kebenaran daripada pihak bank perlu diperoleh terlebih dahulu sebelum pindah milik boleh dilakukan.
Jadi walaupun ia dibuat atas dasar kasih sayang, proses ini tetap memerlukan nasihat undang-undang yang betul supaya semuanya berjalan dengan lancar dan sah di sisi undang-undang. Sekiranya anda ingin mengetahui lebih lanjut mengenai pindah milik hartanah kepada ahli keluarga,
 anda boleh hubungi kami di Yap & Partners. Saya Puan Aunie Fatini, terima kasih.

Contact us